Salam flora & fauna....
salam ceria seceria mentari.....
Rakan-rakan guru.....pendidik....pengajar....muallim,muaddib dan mudarris....
Saban hari kita melalui hari yang ceria bersama anak didik kita di sekolah....ada masanya kita "mati kutu" apabila tiada idea nak tarik minat anak didik kita utk tambah ilmu....utk lebih seronok nak datang sekolah.. kan....
Jom kita tengok sikit tips yang saya ada ni........
**gunakan unsur2 kecindan......jangan takut nak melawak walaupun kita bukan lah badut...
** buat kejutan kepada mereka...contoh: bawa kek sempena hari jadi kita...
** beri hadiah secara tiba-tiba kepada murid yang paling kemas pakaiannya
** ajak mereka makan bersama-sama pada waktu rehat....tak kesahlah, bekal sendiri atau beli di kantin...
** gunakan bahan yang mereka tidak pernah lihat, contoh: pokok padi...buah koko....dll yang sesuai dengan tajuk kita.
** pakai baju yang cantik, penampilan yang menarik dan berwajah ceria
**sentiasa berusaha memberikan ilmu yang baru...contoh: guna perkataan yang jarang mereka dengar,beri makna sekali...tentu mereka gembira..
Selamat berkongsi tips....moga bermanfaat kepada anda semua....
yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Berkuasa..
Yang kurang itu kelemahan saya sendiri..
tips yang bermanfaat
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ilmu
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian
ReplyDelete