Sunday, 8 November 2015

sampai masanya....kita pergi tanpa diminta....





Salam ceria...salam ukhwah....
Bismillah...Rabbi Yassir wa la Tu'assir....


wajib bagi setiap orang apabila usianya mencapai 40 tahun,
untuknya memusatkan perhatiannya kepada persiapan bekal menuju akhirat..
.dan mula sedar apa yang akan di hadapi di akhirat nanti....

Add caption
" hai orang yang beriman, bertakwalah kepada ALLAH dan hendaklah setiap hari memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok" (al-Hasyr,59:18) 

Agak sukar untuk berubah ke arah kebaikan, tetapi jika tidak berusaha ke arah kebaikan akan menjadi suatu kerugian. Beruntunglah jika masih ada insan yang sudi menasihati, dan menegur kita. kadang-kadang pasangan kita pun tidak pernah untuk ambil tahu dan biarkan kita hanyut dalam dunia yang fana ini.......alangkah ruginya kita.. 
Sementara kita masih bernafas, mata masih terbuka, jantung masih berdegup, isilah masa dengan perkara yang akan mendekatkan kita kepada pencipta  kita. 
Biar apa orang mahu kata, yang penting kita tahu matlamat kita. Nabi Muhammad yang mulia pun diuji dengan pelbagai cara, inikan kita yang lemah dan dhaif....jangan mengeluh.... bersabar dan teruskan usaha...
Tiada apa lagi yang perlu dikejar...jika usia menginjak ..semakin hari semakin singkat...semakin sedikit tempohnya....
Jom...........Kumpul bekal akhirat....  ;)

****** ingatan buatku juga....sekadar nasyid yang saling mengingatkan kita...... 
Moga bermanfaat.. wallahua'laamm




4 comments:

  1. Allahuakbar...terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. Semoga kita terus diberi petunjuk dan hidayah untuk sampai ke syurga..aminnn..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  4. Rab bgih fir li..warhamni..wajburni..warfa'ni..warzukni..wahdini..waa'fini wa'fu anni..
    Allahu Rabbi Yassir..

    ReplyDelete